Posts

Showing posts from December, 2020

SEJARAH RAJA PECUT MALAYSIA

Image
  Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Pelari berusia 19 tahun dari Melaka, muncul juara selepas melintas garisan penamat acara riben biru itu dalam masa 10.38s, mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan 10.43s. Peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun yang turut mencatatkan 10.43s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa berdasarkan photo finish, manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa dari Sarawak menamatkan larian di tempat kelima dalam masa 10.66s. Bagaimanapun, hasrat Khairul Hafiz, pemilik rekod kebangsaan dengan masa 10.18s itu untuk memecahkan rekod Sukan SEA milik Suryo Agung Wibobo (10.17s) dari Indonesia yang dicatatkan pada edisi 2009 di Laos tidak kesampaian.
OLAHRAGA Sukan olahraga merupakan satu sukan yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara yang berpandukan pergerakan semula jadi seperti melompat, membaling dan berlari. Pada awalnya olahraga ini dikenali pada zaman klasikal dahulu terutamanya pada Sukan Olimpik kuno. Seperti yang diketahui, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Modern pertama di Athens dalam tahun 1896 dan wujudnya sukan olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan.    

SEJARAH RAJA PECUT DUNIA DALAM SUKAN OLAHRAGA

Image
Pelari terpantas dunia, Usain Bolt mencipta sejarah apabila memenangi acara pecut 100m dan 200m kali kedua berturut-turut dalam sukan Olimpik. Awal pagi tadi Usain mencatat kemenangan keduanya dalam acara 200m dengan catatan masa 19.32 saat menjadi lelaki pertama memenangi dua kejohanan olimpik 2008 dan 2012 bagi acara pecut 100m dan 200m. Dalam acara 200m tersebut, tempat kedua dan ketiga juga dimenangi oleh peserta dari Jamaica, Yohan Blake pingat perak dan Warren Weir pingat gangsa. Lihat foto aksi-aksi menarik Usain Bolt..

ACARA BALAPAN DAN PADANG.

Image
DALAM SUKAN OLAHRAGA TERDAPAT DUA BAHAGIAN IAITU ACARA BALAPAN DAN PADANG. 1.0 BALAPAN. Acara balapan merupakan satu acara yang lebih memberi fokus kepada acara larian. Antara acara balapan ialah bermula daripada acara lari pecut iaitu acara lari pecut 100meter, 200meter, 400meter. Acara lari pecut ini dapat meningkatkan lagi daya tahan otot terutamanya bahagian kaki iaitu otot hamstring, quadrisep, dan gastroknemius. Seterusnya, berdasarkan sejarah kuno pula larian bermula dengan blok permulaan melintang keluasan sesebuah stadium. blok permulaan ini diperbuat daripada  batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan sebuah lubang yang berukuran tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang sama walaupun saiz kaki antara atlet adalah berbeza-beza. Seterusnya, pagar permulaan yang dikenali sebagai "Husplex" digunakan untuk memulakan perlumbaan. Walau bagaimanapun, perkembangan lari pecut pada abad ke-19 mula terbatas disebabkan oleh ketiadaan undang-undang dan perturan-peraturan