ACARA BALAPAN DAN PADANG.
DALAM SUKAN OLAHRAGA TERDAPAT DUA BAHAGIAN IAITU ACARA BALAPAN DAN PADANG.
1.0 BALAPAN.
Acara balapan merupakan satu acara yang lebih memberi fokus kepada acara larian. Antara acara balapan ialah bermula daripada acara lari pecut iaitu acara lari pecut 100meter, 200meter, 400meter. Acara lari pecut ini dapat meningkatkan lagi daya tahan otot terutamanya bahagian kaki iaitu otot hamstring, quadrisep, dan gastroknemius. Seterusnya, berdasarkan sejarah kuno pula larian bermula dengan blok permulaan melintang keluasan sesebuah stadium. blok permulaan ini diperbuat daripada batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan sebuah lubang yang berukuran tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang sama walaupun saiz kaki antara atlet adalah berbeza-beza. Seterusnya, pagar permulaan yang dikenali sebagai "Husplex" digunakan untuk memulakan perlumbaan. Walau bagaimanapun, perkembangan lari pecut pada abad ke-19 mula terbatas disebabkan oleh ketiadaan undang-undang dan perturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan mula digunakan sehingga perkara ini menjadi masalah teruama mengenai cara terbaik yang patut digunakan. Justeru itu, satu pertujuan dibuat bagi menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Oleh itu, penggunaan blok permulaan masih digunakan sehingga kini dalam acara lari pecut bagi memuaskan hati semua pihak terutama dari segi keadilan.
BLOK PERMULAAN LARIAN
1.1 ACARA PECUT : ACARA LARI BERGANTI-GANTI
Antara acara lari berganti ialah acara 4x100meter dan 4x400 meter yang memerlukan 4 orang peserta untuk membentuk satu pasukan. Acara ini boleh dilakukan oleh atlet lelaki dan wanita. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh 402.34 meter dengan membawa batton untuk diterima oleh rakan sepasukannya. Pelari pertama akan memberikan batton kepada pelari kedua dan seterusnya mengikut urutan dengan jarak yang sama. Sejak itu, acara lari berganti ini terus menjadi pertandingan yang mendapat sambutan ramai dan juga merupakan acara yang dinanti-nantikan. Bagi acara 4x400 meter juga menggunakan kaedah yang sama iaitu empat orang pelari dalam satu pasukan. Bagi acara ini, tiada zon pertukaran batton maka pertukaran batton telah digunakan. Objektifnya, membawa batton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi empat orang peserta akan dilakukan secara secepat mungkin untuk merebut gelaran juara.
1.2 ACARA JARAK JAUH
Acara jarak jauh merangkumi acara 800 meter, 1500 meter, 5000 meter hingga 10,000 meter dan terdapat tambahan satu lagi acara iaitu acara 3000 meter berhalangan serta lumba jalan kaki sejauh 3000 meter, 5000 meter dan 10,000 meter. Namun begitu, acara jarak jauh juga mempunyai larian berganti iaitu relay 4X800 meter dan 4X1600 meter tetapi acara ini jarang dipertandingkan di mana-mana kejohanan. Mengikut sejarah, larian jarak jauh tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk tujuan kejohanan. Walau bagaimanapun, terdapat versi mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani dan Persia di Kota Marathonas, Pulau Egina, Yunani. Berdasarkan sejarah tersebut, terciptalah larian marathon dan acara jarak jauh sering dilakukan di gelanggang dan jalanraya. Secaranya amnya, larian jarak jauh mempunyai kebaikannya yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot.
2.O ACARA PADANG
Acara padang terdiri daripada acara lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang, lompat bergalah, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing dan lempar tukul besi. Acara padang mula ditubuhkan pada .
2.1 Lompat jauh.
Acara dimana atlet ingin mendarat badan mereka dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari dan mengambil lajak mengikut laluan yang disediakan dan akan melakukan lompatan ke hadapan dengan memijak papan kayu. Selepas selesai lompatan jarak akan diukur dari papan kayu tersebut dengan jarak tanda jatuhan badan atlet tersebut. Lompatan boleh dilakukan oleh mana-mana belah kaki mengikut keselesaan. Lompatan yang tidak batal sekiranya atlet kaki atlet tidak lebih dari papan kayu lompatan tersebut. Seterusnya, jika lompatan yang dilakukan tesebut batal, tiada rekod atau jarak direkodkan.
2.2 Lompat tinggi.
Acara dimana atlet harus melompat palang yang disediakan mengikut ketinggi. Sekiranya semua atlet yang masuk bertanding berjaya melepasi ketinggian palang tersebut, ketinggian palang akan ditambah lagi. Bagi atlet yang gagal melepasi palang tersebut, atlet akan diberi peluang sebanyak 3 kali untuk memperbaiki kesilapan mereka, dan sekiranya masih tidak berjaya atlet secara automatik diisyhtihar tersingkir. Acara lompat tinggi ini mempunyai sistem keselamatan dimana dibahagian belakang palang akan disediakan tilam yang tebal bagi menyerap hentakan semasa atlet menjatuhkan badan. Atlet dibenarkan melakukan lompat di mana- mana posisi mengikut keselesaan mereka.
2.3 Lompat kijang.
Acara ini juga mempunyai persamaan dengan lompat jauh tetapi ada tambahan sedikit dimana jarak papan kayu dijauhkan sedikit bagi tambahan lompatan langkah sebanyak dua kali sebelum melompat untuk menuju sasaran atau jarak kejauhan lompatan mereka di atas pasir. Seterusnya, ukuran juga akan diambil dari jarak papan dan tempat jatuhnya badan.
2.4 Lompat bergalah.
Acara ini merupakan acara yang mempunyai kaedah yang sama seperti lompat tinggi tetapi tahap ketinggian palang yang disediakan lebih tinggi dari palang lompat tinggi. Seterusnya, atlet seharusnya menggunakan galah sebagai satu kadedah lonjakan badan untuk melepasi palang tersebut. Galah yang digunakan adalah mesti bersifat fleksibiliti dimana tahan lentuk dan tahan patah. Atlet yang gagal untuk melepasinya juga akan diberikan peluang sebanyak dua kali bagi melayak diri ke peringkat seterusnya.
2.5 lontar peluru.
Acara ini merupakan acara dimana atlet yang berbadan besar akan sertai. Pelontar peluru akan mengenalpasti dan mengaplikasi gaya lontaran mereka agar mampu mencari sasaran atau jarak yang ingin dicapai. Peluru yang digunakan mestilah mempunyai permukaan bukat, rata, dan 14mm hingga 26mm ke bawah. Berat yang digunakan mengikut kategori.
2.6 Lempar cakera.
Acara ini juga merupakan satu teknik dimana atlet menggunakan satu pirig cakera yang berta untuk dilepar kehadapan bagi mencapai sasaran yang ingin dicapai.
2.7 Lempar tukul besi.
Acara olahraga di mana sebatang tukul besi dilontar sejauh mungkin.. Kebanyakan atlet yang menyertai acara ini bertubuh besar dan mempunyai kekuatan yang tinggi kerana tukul yang dilempar tersebut melebih 3kilogram ke atas.
Comments
Post a Comment